MAJLIS PERASMIAN WACANA PEMIKIR GLOBAL 2024 | HIGHLIGHT
Universiti Malaya Universiti Malaya
19.2K subscribers
516 views
0

 Published On Jan 22, 2024

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Wacana Pemikir Global 2024 bertemakan “The Next 100 years: Vision 2100 for Malaysia” yang diadakan di Universiti Malaya. Platform ini mengumpulkan para akademik dan juga pakar terkemuka negara untuk berbincang dan berbahas memfokuskan kepada isu-isu kritikal yang akan dihadapi negara pada 100 tahun akan datang.

Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam ucapannya berkata Wacana Pemikir Global ini diwujudkan untuk membentuk wacana dan rencana masa depan yang akan dijadikan sebagai panduan intelektual yang utuh, berani dan yakin untuk mencorak imaginasi dan dasar strategik masa depan yang akan memberikan pulangan kepada negara.

Pakar terkemuka negara dan juga pihak berkepentingan daripada kerajaan, ahli akademik dan industri merupakan panel-panel yang hadir bagi menyampaikan dan berkongsi pendapat dalam wacana ini, antaranya ialah YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Profesor Emeritus Dr. Jomo Kwame Sundaram, Penasihat Kanan, Institut Penyelidikan Khazanah, Tuan Manu Bhalla, Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Amerika Syarikat Ke Malaysia, TYT B Nagabhushana Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, TYT Simon Fellows, Timbalan Ketua Perwakilan, Kedutaan Australia ke Malaysia, Tan Sri Datuk Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi, Malakoff Corp Berhad, Dr. Sama Bilbao y Leon, Director General, World Nuclear Association dan Dato’ Abdul Razak Abdul Majid, Pengerusi, Tenaga Nasional Berhad.

Antara panel yang turut hadir menyampaikan syarahan global bertajuk “ASEAN to 2050” Towards a Future of Sustainable Development” adalah Profesor Dr. Jeffrey D. Sachs, Presiden UN Sustainable Development Solutions Network.

#UniversitiMalaya
#ServingTheNation
#ImpactingTheWorld

show more

Share/Embed