SELAWAT IBRAHIMIYYAH With Music (3 hours)
117,243 views
0

 Published On Feb 19, 2022

SEJARAH SELAWAT IBRAHIMIYYAH:

Setelah Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS, kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam AS adalah لا إله إلا الله محمد رسول الله (lā ʾilāha ʾillā llāhu muḥammadun rasūlu llāhi) lalu Nabi Adam bertanya kepada Allah SWT tentang siapakah Muhammad? Lantas Allah SWT menjawab beliau (Muhammad SAW) adalah penutup segala Nabi dan Rasul dan paling mulia di antara mereka semua (Rasul). Umat Nabi Muhammad juga diberi banyak kemulian berbanding umat-umat yang lain.
Diceritakan bahawa Nabi Adam AS berkata; Sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad SAW yang tidak diberikan kepadaku, iaitu:

1. Penerimaan taubatku di Mekah. Sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat di mana-mana tempat.
2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa, kemudian Allah SWT menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, meskipun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan telanjang.
3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya.
4. Aku berbuat kesalahan di Syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, Nabi Adam AS memohon kepada Allah SWT agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad. Namun demikian, Allah SWT menolak permintaan Nabi Adam AS. Begitu juga dengan Nabi-Nabi yang lain seperti Nabi Musa AS. Sehinggakan Allah sendiri menegur sikap Nabi Allah Musa AS agar redha dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya.

Dalam banyak-banyak Nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad, hanya ada seorang Nabi sahaja yang Allah SWT perkenankan permohonannya tetapi bukan semua, hanya sebahagian daripada permohonan itu Allah SWT terima. Beliau adalah Nabi Ibrahim AS.

Secara dasarnya, Allah SWT tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim AS untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, tetapi Allah SWT menjanjikan kepada Nabi Ibrahim AS, yang Nabi Muhammad akan lahir daripada salasilah atau keturunan Nabi Ibrahim sendiri dan nama Nabi Ibrahim akan meniti di bibir-bibir umat Nabi Muhammad SAW. Ini bermaksud nama Nabi Ibrahim AS akan selalu disebut-sebut oleh Rasulullah SAW. Maka, atas sebab itulah kita SUNAT untuk menyebut nama Nabi Ibrahim AS dalam solat lima waktu, iaitu semasa bacaan tahiyat akhir.

__________________________________________________________
Sambungan kisah link di bawah:
   • Video  

#SodeeqSubri #SodeeqSubriSholawat #SodeeqSubriIstighfar #himpunanSelawatBySodeeqSubri #ZikirDoaSelawat #HimpunanzikirDoaSelawat #ZikirHarian #ZikirPenenangHati #DoaCepatKaya #DoaMustajab #doaAbuDarda #doaPembukarezekiDariSegalaPenjuru #DoaSelepasWuduk #DoaSelepasSolat #kidssong

show more

Share/Embed