Di Jemput Ilahi Selepas 8 Hari Di Lahirkan🥺
UKVJ OfficialTV UKVJ OfficialTV
186K subscribers
1,989,877 views
0

 Published On Mar 29, 2022

Nama anak syurga ini ialah Urkeed Uqayla Binti Abdul Namawi..

Baru dilahirkan 8 hari sebelum dipanggil pulang menyahut seruan ilahi..

Amanah kami terhadap jenazah baby Uqayla telah pun kami sempurnakan..

Kami bantu sehingga anak tanpa dosa ini selamat tiba ke syurga..

Mesti baby Uqayla kini sedang bermain bersama penghuni syurga yang lain..

Alhamdulillah..

Berita tentang baby Uqayla saya terima pada pukul 09.18 malam tadi..

Ketika itu baby Uqayla masih lagi bertahan walaupun keadaannya dikatakan kritikal..

Baby Uqayla cuba bertahan kerana mahu meneruskan kehidupan didunia bersama kedua ibu bapanya..

Namun Allah lebih menyayangi baby Uqayla..

Baby Uqayla telah dipanggil pulang menjadi salah satu penghuni tetap syurga..

Jantungnya disahkan terhenti pada pukul 11.11 malam tadi..

Baby Uqayla meninggal dunia 3 jam 48 minit kemudian selepas waris menghubungi saya meminta khidmat pengurusan..

Sewaktu dalam kandung doktor tidak dapat mengesan ada ketumbuhan di paru² baby Uqayla..

Tetapi ketumbuhan tersebut hanya dikesan setelah 6 jam baby Uqayla dilahirkan..

Oleh itu doktor telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bagi menyelamatkan nyawa baby Uqayla..

Satu pembedahan telah dilakukan pada 24 haribulan yang lalu..

Pembedahan yang dilakukan itu berjaya dan keadaan adik Uqayla dikatakan stabil..

Namun hari kedua selepas pembedahan keadaan baby Uqayla dikatakan kembali kritikal..

Satu lagi pembedahan perlu dilakukan bagi menyelamatkan nyawa anak syurga ini..

Tetapi pembedahan tidak dapat dilakukan kerana risikonya terlalu tinggi..

Akhirnya nadi adik Uqayla terhenti pada 28 mac 2022 tepat pukul 11.11 malam..

Berita kematian baby Uqayla telah dimaklumkan kepada kedua Ibu bapanya..

Si ibu dan si bapa redha dengan pemergian anak pertamanya itu..

Mereka sudah bersedia untuk menerima berita kematian anak tersayang..

Si ibu dan si bapa juga merelakan pemergian baby Uqayla dengan hati yang tenang..

Mereka tidak mahu melihat baby Uqayla terseksa lagi..

Jelasnya si ibu dan si bapa redha dengan ketentuan qada dan qadar..

Mereka menerima segala yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT..

Si ibu dan si bapa belajar menerima biarpun pahit untuk mereka telan..

Harapan melihat anak mereka membesar didepan mata tidak kesampaian..

Semoga pasangan suami isteri ini tabah..

Moga ada cahaya kegembiraan buat mereka dan baby Uqayla dipintu syurga kelak!

Share posting ini jika anda terkesan😭

show more

Share/Embed